hijau
merah


Laman Web Rasmi Kolej Komuniti Bandar Baharu

Malay English French German Italian Portuguese Russian Spanish

Kolej Komuniti Bandar Baharu menawarkan pelbagai kursus jangka pendek yang relevan dengan keperluan masyarakat setempat untuk meningkatkan kualiti hidup.

Kelayakan Masuk
Warganegara Malaysia. Sihat tubuh badan. Boleh menulis serta membaca.

Cara Memohon
Melihat Iklan kursus yang ditawarkan atau mencadangkan kursus yang tidak ada dalam senarai kursus yang ditawarkan melalui perbincangan secara terus dengan pihak pengurusan Kolej Komuniti Bandar Baharu.

Tempoh Pengajian
Bergantung kepada modul yang disediakan. Kebiasaannya adalah kurang daripada 6 bulan.

Tempat Kursus
Di Kolej Komuniti Bandar Baharu sendiri atau di luar kolej yang berhampiran dengan komuniti setempat.

Waktu Kursus
Waktu pejabat atau di luar waktu pejabat.

Kurikulum / Kandungan Kursus
Ditentukan bersama antara pelanggan dan pengurusan Kolej Komuniti Bandar Baharu atau menggunakan modul kursus jangka pendek yang sedia ada.

Sijil
Sijil Kehadiran atau Sijil Kursus.

Yuran
Bayaran yuran pendaftaran yang dikenakan untuk seseorang bagi satu-satu kursus adalah antara RM 5.00 hingga RM 20.00 sahaja.

Takwim Kursus Pendek Kolej Komuniti Bandar Baharu
Bagi mengetahui Takwim dan jadual perancangan Kursus Pendek yang ditawarkan sila muatturun di sini.

Statistik Kursus Pendek Kolej Komuniti Bandar Baharu
Statistik Pendaftaran Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Mengikut Bulan Kursus Dijalankan setakat hari ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti dapat dilihat disini.

**Sila hubungi kami jika anda berminat untuk mengikuti Kursus Jangka Pendek di Kolej Komuniti Bandar Baharu.

You are here: Akademik Kursus Pendek